Select Page

Murah Tak Bermakna Senang Jual
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara © 2017 www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

Hari ni saya nak kongsi dengan anda sedikit statistik jualan produk affiliate yang saya promosikan baru-baru ini.

PRODUK A:
Jumlah klik: 763
Jumlah unit terjual: 2
Jumlah jualan dalam RM: RM340
Jumlah komisyen diterima: RM130

PRODUK B:
Jumlah klik: 834
Jumlah unit terjual: 9
Jumlah jualan dalam RM: RM2,000
Jumlah komisyen diterima: RM1,000

Kaedah pemasaran yang saya lakukan sama sahaja iaitu menggunakan pemasaran email.

Harga produk A pula, seperti yang kita lihat di atas, adalah lebih murah (purata RM170) berbanding produk B (purata RM220).

Namun, jualan lebih banyak terhasil untuk produk B yang lebih mahal.

Kenapa yer?

Secara jujurnya, saya belum buat kajian dengan lebih menyeluruh kenapa ini boleh berlaku untuk kes ini tetapi berdasarkan pengalaman yang lepas, ini penentu jualan untuk produk affiliate yang saya promosikan:

1. Surat Jualan Yang Meyakinkan

Adakah surat jualan tersebut ditulis dengan baik? Anda boleh baca sendiri surat jualan produk yang anda ingin promosikan tersebut. Sekiranya selepas membaca keseluruhan surat jualan tersebut dan anda sendiri pun tertarik untuk melakukan pembelian, ini petanda yang ianya mungkin merupakan sebuah surat jualan yang berkesan dan meyakinkan. Contoh surat jualan yang baik boleh dilihat di www.formulaincomeseumurhidup.com

2. Produk Yang Unik Dan HOT

Produk yang unik tidak semestinya produk yang tiada saingan di pasaran. Ianya perlu ada USP (Unique Selling Proposition) atau kelainan di dalam penawaran. Contohnya, sekiranya syarikat telco secara keseluruhannya cuma menawarkan servis langganan data dan panggilan sahaja, Tone Excel pula mempunyai produk yang unik di mana syarikat menawarkan servis langganan data, panggilan telefon dan PENDAPATAN SEUMUR HIDUP. Tawarkan servis ini kepada pengguna telefon yang inginkan pendapatan pasif yang lumayan, besar kemungkinan mereka akan tumpukan perhatian kepada apa yang hendak anda tawarkan.

3. Pemilik Produk Tersebut

Kepercayaan. Itulah maksud secara halusnya. Pemilik yang dimaksudkan di sini boleh diwakili oleh orang perseorangan ataupun individu. Contohnya, anda pasti lebih percaya produk elektrik berjenama SONY berbanding produk elektrik berjenama SINY, kan?

4. “Timing” Atau Masa Promosi Yang Berkesan

Sekiranya anda jual produk kepada orang yang tidak mempunyai wang, mereka tidak akan membeli walaupun mereka inginkan produk anda. Mereka mungkin akan tangguhkan hasrat sehingga mereka mendapat gaji atau mempunyai wang. Jadi, jadualkan promosi anda pada masa orang mempunyai wang untuk membeli. Ianya akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk orang membeli daripada anda.

5. Kehendak Subscriber Untuk Membeli

Apa yang subscriber daripada “database” anda berminat untuk membeli daripada anda? Berapakah aggaran harga produk yang mampu subscriber anda bayar? Apakah yang subscriber anda hendak daripada anda? Tawarkan produk yang berpadanan dengan kehendak subscriber anda dan anda akan mendapat pelanggan seumur hidup anda.

…dan banyak lagi penentu jualan produk affiliate.

Di dalam kes saya promosi 2 produk affiliate di atas, harga seakan tidak memainkan peranannya.

Malah sekiranya saya fokus kepada promosi produk B dengan lebih agresif lagi, saya akan hasilkan lebih banyak keuntungan.

Dan usaha untuk mempromosikan produk A atau produk B adalah sama sahaja, iaitu menggunakan email. Cuma tulis email dan klik “SEND”.

Jadi, kesimpulannya, jangan anggap pelanggan anda nak beli barang yang murah sahaja. Kadang-kadang, mereka sanggup habiskan ribuan ringgit untuk dapatkan produk yang berkesan dan dapat selesaikan masalah mereka.

Mereka mungkin mahukan produk yang lebih lengkap, lebih detail dan mereka beranggapan yang produk mahal selalunya adalah lebih berkualiti daripada produk murah (walaupun ianya tidak semestinya begitu)

Anda cuma perlu memahami apa yang subscriber anda nak dan penuhi kehendak mereka dengan menyarankan produk yang mereka nak.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.FormulaIncomeSeumurHidup.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Formula Income Seumur Hidup” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

telah lakukan pesanan untuk

Tahniah!