Select Page

Pemasaran Internet Melalui Pemberian Hadiah Percuma
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara © 2017 www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

Memang jika dilihat pada dasarnya, sesebuah laman web perniagaan tidak mungkin akan menjana sebarang pendapatan jika segalanya diberi percuma.

Namun, cuba lawati beberapa laman web perniagaan internet yang terkenal dan anda akan perasan yang kebanyakan daripadanya memberikan sesuatu yang percuma kepada pengunjung laman web mereka. Di antara perkara yang diberikan percuma adalah seperti berikut.

1. Ezine percuma
2. Ebook percuma
3. Keahlian (membership) percuma
4. Artikel percuma
5. Software percum
6. Video Online percuma
7. Perkhidmatan percuma
…dan banyak lagi.

Dan ada yang lebih ‘daring’ lagi sehingga sanggup menghantar barangan fizikal seperti CD dan buku kepada bakal pelanggan.

Jika diberikan percuma, tidakkah itu merugikan usahawan internet berkenaan? Lebih-lebih lagi jika mereka terpaksa menghantar produk fizikal kepada pengunjung laman web mereka ke serata dunia.

Jawapannya ada di dalam pengiraan matematik dan juga taktik pemasaran yang dipraktikkan.

Baiklah, mari kita lihat taktik perniagaan ini terlebih dahulu.

Strategi Pemasaran

Produk yang diberikan percuma merupakan insentif kepada pengunjung untuk mengenali usahawan internet tersebut sebelum jualan dibuat. Ianya juga merupakan alatan atau ‘tool’ yang digunakan untuk membina kepercayaan di antara usahawan internet dan juga pengunjung laman web mereka (bakal pembeli).

Sekiranya kepercayaan wujud ke atas penjual (usahawan internet tersebut), maka ianya menjadi mudah untuk pembeli membelanjakan wang mereka untuk produk yang ditawarkan seterusnya.

Anda pun tahu yang ianya amat sukar untuk mempercayai sesuatu perniagaan di internet, bukan?

Dengan memberikan “pengalaman” berurusan dengan usahawan internet tersebut (secara mendapatkan produk percuma daripada beliau) akan mengurangkan rasa risau untuk berurus niaga pada masa akan datang.

Jadi anda dapat lihat di sini yang produk yang diberikan percuma, secara tak langsung, adalah bahan promosi untuk produk yang lain.

Perkiraan Matematik

Ya, jika diberikan percuma, mungkin kosnya terpaksa ditanggung oleh usahawan tersebut kecualilah produk yang diberikan percuma tersebut adalah produk digital yang boleh dimuatturun daripada laman web.

Contohnya, jika kos penghantaran sebuah cakera padat (CD) ialah RM7, maka jika 1000 orang yang memohonnya secara percuma, jumlah duit yang perlu dikeluarkan sudah mencecah RM7,000.

Semua orang tahu yang perbelanjaan RM7,000 tanpa pulangan balik adalah merugikan.

Tetapi, jika ianya dilakukan secara bijak, kos RM7,000 tersebut boleh bertukar kepada untung RM10,000 dan lebih lagi.

Jom kita lihat dengan lebih mendalam lagi dan ambil contoh penghantaran CD ini sebagai subjek analisa.

CD yang dihantar secara percuma adalah bahagian pengenalan kepada satu lagi produk video tutorial yang harganya RM100 sekeping. Disebabkan CD kedua ini lebih lengkap dan mempunyai segala rahsia yang tidak diterangkan di dalam CD pertama, besar kemungkinan mereka yang memohon CD pertama ingin mendapatkan CD kedua, di mana mereka terpaksa membayar untuk mendapatkannya.

Daripada 1,000 orang yang memohon, secara purata 175 orang akan membuat pesanan dan pembayaran sebanyak RM100 untuk sekeping CD.

Ini bermakna, anda sudah menghasilkan jualan sebanyak RM17,500 dan sekiranya diandaikan kos penghantaran ditanggung oleh pembeli dan pembuatan CD adalah RM1 sekeping, keuntungan daripada jualan CD kedua ini ialah RM17,500 – RM175 = RM17,325.

Jadi, keuntungan bersih anda ialah RM17,325 (CD kedua) – RM7,000 (CD pertama) = RM10,325

Tingkatkan lagi peratusan pembelian CD kedua, dan anda akan menambahkan lagi keuntungan anda.

Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui nisbah pembelian daripada hasil pemberian percuma, dan anda akan sentiasa menang di dalam pemasaran sebegini.

Dan sekiranya produk yang anda berikan adalah dalam bentuk digital seperti ebook atau perisian, ianya lebih memudahkan anda kerana kos permberian produk digital adalah percuma.

Contohnya, Formula Income Seumur Hidup berikan video online percuma untuk menarik minat bakal pembeli menjadi pelanggan pada masa akan datang. Lihat tawaran ini di http://formulaincomeseumurhidup.com/percuma

Mungkin anda sendiri boleh mencuba taktik sebegini.

Oleh itu, anda harus menilai sama ada strategi pemberian produk percuma kepada pengunjung laman web anda adalah berbaloi. Jika anda ingin melakukan dengan cara yang mudah, selalulah gunakan pendekatan pemberian produk digital.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.FormulaIncomeSeumurHidup.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Formula Income Seumur Hidup” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

telah lakukan pesanan untuk

Tahniah!