Belajar Terbitkan Buku Orang Lain 100% “LEGAL” Di Amazon…

Rebut PELUANG UNIK & RARE Untuk Hasilkan Pendapatan Dengan Buku-buku Public Domain Di Amazon.com, Terus Dari Rumah Anda Di Malaysia, Tanpa Perlu Ada Lesen SSM Pun Boleh Mula

(Orang Lain Struggle Bertahun-Tahun Tulis Buku Tak Siap-Siap, Anda Pulak Dah Buat Duit Dengan Publish 100 Buah Buku Dalam 1 Bulan Selamber Aje)

Daripada:  Zamri Nanyan
Tarikh: October 18th, 2021

PER: Cipta Banyak Saluran Pendapatan Pasif Melalui Amazon.com

Salah satu cara untuk menjadi kaya adalah dengan menghasilkan pendapatan pasif.

Tak dinafikan lagi, ini adalah di antara beberapa kaedah untuk menghasilkan pendapatan pasif tersebut.

  • beli rumah dan sewakan kepada orang lain, kemudian kutip duit sewa setiap bulan
  • beli saham dan tunggu harganya naik lebih tinggi, sama seperti letakkan duit dalam ASB atau Tabung Haji
  • bangunkan bisnes yang anda sendiri miliki, di mana orang lain bekerja hasilkan income untuk anda
  • menulis, menerbit dan menjual buku yang laris ke pasaran tempatan atau global

Namun, dalam banyak cara di atas, kebanyakan caranya memerlukan modal yang tinggi, sehingga ada yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit.

Kecuali…

Menerbitkan buku.

Pendapatan Buku = pendapatan “royalti” (buat sekali dapat berkali-kali).

Tulis buku hanya sekali, jual berkali-kali.

Dalam ertikata lain, menerbitkan buku mampu memberikan pendapatan pasif kepada anda, dengan modal yang rendah.

Masalahnya, ramai yang fikir bahawa untuk dapatkan hasil melalui jualan buku ini adalah susah, sebab anda kena tulis beratus-ratus mukasurat sebelum ianya boleh dicetak dan dijual.

Itu tak termasuk masalah tiadanya bakat menulis dan gangguan orang sekeliling. 

Kalau itulah cabarannya, bila nak nampak hasilnya kalau menulis pun ambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan satu buku? (itu pun kalau siap menulis)

Haaaa… itulah sebabnya saya tampil untuk bantu anda.

Lupakan bahagian menulis berjela-jela tersebut.

Dan bayangkan anda sudah ada ribuan buku untuk diterbitkan sebagai “buku anda sendiri”, tinggal perlukan anda terbit dan jual sahaja.

Wow!

Jimat beribu tahun menulis dah tu, bukan hanya 2-3 tahun. 

Tapi kalau cakap aje, tak ada buktinya, kerbau pun boleh terbang, kan?

Bolehkah terbitkan buku orang lain sebagai “buku anda sendiri”? Boleh hasilkan pendapatan ke?

Untuk menjawab soalan anda, biarlah gambar-gambar ini menjadi bukti royalti penerbitan buku dalam US Dollar.

Di atas tu contoh-contoh orang Malaysia, termasuk saya sendiri, yang telah dan sedang menghasilkan income dengan menerbitkan buku “public domain” di Amazon.

Mind you… buku fizikal tau, bukan buku digital atau ebook.

Prosesnya simple.

    1. pilih buku apa nak diterbitkan (ada ribuan buku menanti anda)
    2. terbitkan buku tersebut
    3. terima royalti jualan buku

Simple aje, kan?

Mereka dah buat, mereka dapat.

Anda buat nanti, anda pun akan dapat (dengan izin-Nya).

Memang ada aje orang yang dapat ribu-ribu dollar setiap bulan, tapi yang saya tunjukkan di atas tu adalah income daripada “complete newbie” sama macam anda yang sedang baca mesej ini sekarang.

Jadi, anda pun boleh expect untuk hasilkan pendapatan permulaan seperti di atas dahulu sebelum anda scale-up pendapatan tersebut menjadi ribuan ringgit setiap bulan. 

 

Kenapa Amazon.com

Berdasarkan pengalaman sebagai penulis buku melalui publisher tempatan, saya tahu bukannya mudah untuk siapkan penerbitan sesebuah buku.

Ianya mungkin akan mengambil masa sehingga 6 bulan untuk sebuah buku dihantar untuk tapisan, penilaian, suntingan (suntingan lagi), menetapkan layout buku, merekabentuk kulit buku dan akhirnya percetakan.

Ini pun belum lagi sampai ke bahagian promosi dan sebagainya, sebelum anda melihat royalti yang dibayar 2 kali setahun (itu pun sekiranya buku berjaya dijual).

Itulah sebabnya bila dibuka sahaja peluang untuk menerbitkan buku fizikal di Amazon, saya melonjak gembira.

Lubuk emas sedang menanti.

Daripada menulis dan memberi kepercayaan syarikat lain menerbitkan buku saya, sekarang saya sendiri yang terbitkan buku sebagai “independent publisher” di Amazon.com

Menulis buku sendiri pula sudah menjadi perkara kedua.

 

Kalau bukan Amazon, apa lagi?

Amazon.com adalah satu gedung buku yang terbesar di dunia.

Mencampakkan buku anda untuk dijual di Amazon adalah seperti mencampakkan buku anda untuk seluruh bumi melihat buku anda dan membelinya.

Itulah kehebatan Amazon.com dan juga potensi anda untuk menjadi “international independent publisher” .

Bayangkan buku yang anda terbitkan dibeli oleh orang dari US, UK, France, German, Japan, Spain, Italy, Australia dan banyak lagi negara di dunia.

Setiap buku pula mengambil masa sepantas kurang 24 jam sahaja untuk diterbitkan.

Sekarang bayangkan pula anda terbitkan bukan hanya sebuah buku sahaja tetapi puluhan atau ratusan buah buku!

Buku-buku ini pula bukannya hasil tulisan anda sendiri, tapi hasilnya seperti royalti jualan buku anda sendiri.

Sukar nak percaya, macam mimpi aje kan?

OK, sekarang anda boleh berhenti katakan ianya mimpi di siang hari kerana semua ini adalah kenyataan.

Lihat contoh berapa banyak buku yang telah saya terbitkan di bawah. 

Tuuuu diaaaa…

Banyak buku dah “publish” tu.

Dalam 1 bulan, boleh terbitkan 100-200 buah buku senang-senang aje.

Tersedak bila dengar potensinya.

Itulah sebabnya saya tak kesah pun untuk dedahkan rahsia “rare” ini.

Pendapatan di Amazon.com pula terlalu besar untuk beberapa orang sahaja menikmatinya.

Lebih baik lebih ramai orang Malaysia kita ni sama-sama menikmatinya.

Lebih baik anda pun menikmatinya.

Tapi bagaimanakah cara untuk terbitkan buku di Amazon?

Lebih cepumas dan lebih ramai orang sangkut ialah soalan PARAH ni…

Buku apa nak diterbitkan? (sebabnya saya tahu ramai yang tak ada bakat menulis dan tak tahu di mana nak dapatkan buku-buku public domain ini)

Tak perlu risau lagi.

Itulah sebabnya anda berada di sini hari ini.

Memperkenalkan…

Amazon Public Domain Secrets

Amazon Public Domain Secrets merupakan sebuah video panduan “Belajar Dari Rumah” yang lengkap untuk mengajar anda tentang 3 topik utama di bawah:

1. buka akaun Amazon KDP spesifik untuk orang Malaysia, termasuk buka akaun bank di USA secara PERCUMA dan menerima bayaran daripada Amazon.com

2. edit buku Public Domain untuk dimuatnaik ke akaun Amazon mengikut format yang ditetapkan

3. buat penyenaraian buku Public Domain anda sehinggalah ke bahagian penetapan harga buku

Berlainan dengan program yang lain, Amazon Public Domain Secrets adalah 100% berdasarkan pengalaman sebenar, bukannya teori semata-mata.

Anda boleh sama-sama buat sehingga berjaya siap menerbitkan buku di Amazon dan hasilkan pendapatan pertama anda.

Ini keseluruhan 20 video tutorial dengan pecahan-pecahan topik yang lebih detail dalam 3 module.

 

 

Module #1 – Amazon KDP

 

Module ini akan menerangkan kepada anda bagaimana untuk mendaftar akaun KDP Amazon, mendapatkan akaun bank di US secara percuma, mengelakkan dikenakan cukai yang cuma rakyat US sahaja bayar dan pastinya menyediakan peluang untuk anda menjadi Independent Publisher untuk menerbitkan sebanyak mana buku di Amazon.com.

Module #1a. Daftar Amazon KDP

Module #1b. Daftar Amazon KDP – Alamat Rumah

Module #1c. Daftar Amazon KDP – Akaun Bank (Part 1)

Module #1d. Daftar Amazon KDP – Akaun Bank (Part 2)

Module #1e. Daftar Amazon KDP – Tax Information (Part 1)

Module #1f. Daftar Amazon KDP – Tax Information (Part 2)

Module #1g. Daftar Amazon KDP – Tax Information (Part 3)

Module #1h. Daftar Amazon KDP – Tax Information (Part 4)

Module #2 – Persediaan Manuskrip Public Domain

 

Di mana nak cari buku-buku public domain yang boleh diterbitkan semula, bagaimana caranya untuk menukarkan buku-buku ini ke format yang diterima oleh Amazon.com dan seterusnya memastikan buku ini tersedia untuk dijadikan sebagai manuskrip tersedia dimuatnaik ke server Amazon.com 

Itu di antara apa yang bakal anda dapat pelajari di dalam module #2 ini. 

Module #2a. Public Domain – Cari Buku

Module #2b. Public Domain – Tukar ePub ke DOC

Module #2c. Public Domain – Edit Title, Copyright & TOC

Module #2d. Public Domain – Tetapkan Saiz Buku

Module #2e. Public Domain – Masukkan Copyright & TOC Baru

Module #2f. Public Domain – Indent, Align TOC & Delete Title

Module #2g. Public Domain – Footer 

BONUS

Module #3 – Terbitkan Buku Dengan SUPER KONFIDEN

 

Module inilah yang akan membuatkan anda lebih teruja kerana ada akan belajar menerbitkan manuskrip yang anda telah siapkan di dalam Module #2. Bukan setakat itu, saya juga akan ajar anda cara shortcut untuk anda terbitkan buku public domain yang sama sepantas 5 minit sekiranya anda menggunakan software yang saya sendiri gunakan ini.

Berapa banyak buku yang anda boleh terbitkan setiap hari sekiranya anda boleh terbitkan setiap buah buku dalam 5 minit sahaja? Anda sendiri tentukan.

 

Module #3a. Paperback Details

Module #3b. Public Domain – Paperback Details with Tangent Templates

Module #3c. Paperback Content

Module #3d. Public Domain – Paperback Content with Amazon Cover Creator

Module #3e. Public Domain – Paperback Rights and Pricing

BONUS

Kesemua video boleh ditonton online, tanpa anda perlu download sebarang fail.

Nak download dulu dan tonton kemudian pun boleh, tak ada masalah.

Durasi kesemua 20 video selama 1 jam 36 minit ini sarat dengan info padat yang anda boleh hadam sedikit demi sedikit.

Video-video yang dihasilkan juga adalah “straight to the point” tanpa ada “filler” penambah perisa.

Maksudnya, masa anda untuk belajar tidak dibazirkan dengan perkara yang tak penting.

Anda tak perlukan tutorial yang 4 hingga 6 jam meleret-leret untuk mulakan projek pendapatan pasif ini dengan pantas.

 

Amazon Public Domain Secrets merupakan sebuah kursus “Belajar Dari Rumah” yang mengajar anda cara untuk terbitkan buku orang lain di Amazon.com dan kutip royalti tanpa perlu kongsikan dengan penulis asal, serta ianya 100% SAH dari segi undang-undang.

Setakat yang saya tahu, belum ada lagi video panduan seperti ini di pasaran tempatan untuk orang Malaysia.

Jika ada pun, saya pasti ianya adalah spin-off daripada pakej video panduan original Amazon Public Domain Secrets ini.

Dan untuk membuatkan pembelian Amazon Public Domain Secrets anda ini istimewa, saya sediakan beberapa hadiah bonus menarik untuk anda hari ini.

Jom tengok apa yang saya nak berikan sebagai bonus pembelian pakej “Amazon Public Domain Secrets”.

BONUS #1

7 Buku Public Domain

Untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan proses pembelajaran menyediakan buku public domain dalam format yang dibenarkan oleh Amazon, saya berikan 7 buah buku public domain pilihan kepada anda.

Tajuk-tajuknya ialah:

  • The Head Of The House Of Coombe
  • A Dream Of John Ball
  • Riders Of The Purple Sage
  • Alice’s Adventures In Wonderland
  • Al Old-Fashioned Girl
  • American Fairy Tales
  • The Fifth Queen

Gunakan buku ini sebagai latihan untuk anda praktis di dalam module #2.

 

BONUS #2

Amazon $500

Ini merupakan pendedahan bagaimana seorang lelaki dari Kelantan hasilkan lebih daripada $500 sebulan hanya dengan menerbitkan buku public domain dari rumah, sama seperti proses untuk terbitkan buku public domain yang anda akan belajar melalui Amazon Public Domain Secrets.

Disebabkan pendapatan yang diterima adalah dalam US Dollar, ini bermakna dengan hanya buku public domain sahaja pun mampu memberikan pulangan lebih RM2,000 setiap bulan kepada lelaki ini.

 

Osemmm, kan?

Sekarang dengan hadiah bonus yang saya sertakan di atas, anda boleh terus mula tanpa perlu cari buku public domain pertama anda.

Saya berikannya percuma, bukan 1 tetapi 7 buah buku untuk anda terus buat aje.

Guna apa yang ada dulu.

Dan hadiah ebook Amazon $500 akan menguatkan lagi keyakinan anda untuk hasilkan pendapatan melalui penerbitan buku di Amazon ini.

Buku sudah diberikan, bukti sudah ditunjukkan, tunggu anda terus ambil langkah pertama aje.

 

Berapa Harga Amazon Public Domain Secrets Ini?

Amazon Public Domain Secrets akan mengajar anda untuk hasilkan pendapatan pasif.

Buat sekali, dapat berkali-kali-kali.

Anda pula akan bayar sekali sahaja untuk pakej ilmu ini.

Dari situ aje anda dah tahu yang ilmu di dalam Amazon Public Domain ini mahal.

Dan sesuatu pakej ilmu itu patut diletakkan pada tempatnya.

Pada permulaannya, saya bercadang untuk meletakkan harga Amazon Public Domain ini pada RM249 – harga ini masih lagi berbaloi jika nak dibandingkan dengan usaha anda untuk cari informasi sendiri.

Contohnya…

  • Ramai yang tak tahu bagaimana untuk dapatkan alamat di Amerika Syarikat.
  • Ramai yang tak tahu cara untuk dapatkan akaun bank di Amerika Syarikat secara PERCUMA.
  • Ramai yang tak tahu bagaimana nak keluarkan duit di Malaysia tanpa perlu wire-transfer duit ke bank tempatan
  • Ramai yang tak tahu bagaimana untuk elak dikenakan cukai bila jual buku di Amazon.

Semuanya ada di dalam Amazon Public Domain Secrets, dan banyak lagi.

Berapa mahal ilmu ini sahaja?

Anda decide dan pastinya ada yang sanggup dapatkan setiap 1 ilmu ini pada harga 3-4 angka.

Dan ini belum lagi masuk ke topik-topik lain yang mungkin inilah pertama kali anda dengar.

Jadi, harga RM249 adalah wajar, malah patut diletakkan lebih tinggi.

TAPI saya sedar ramai yang tertekan dengan pandemik yang melanda 1 dunia sekarang.

Untuk itu, saya turunkan sedikit harganya tanpa mengurangkan nilai Amazon Public Domain Secrets ini kepada RM199.

Ya, dapatkan Amazon Public Domain Secrets pada harga cuma RM199 sekali bayar sahaja.

 

 

Jaminan Pulangan Semula 100% Wang Anda!

Kepuasan anda dijamin 100% dan disertakan money back guarantee..

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk ini dengan syarat anda telah pun publish buku setiap hari tetapi masih tidak hasilkan walaupun 1 jualan selepas mencubanya selama 30 hari, hubungi saya dalam masa 4 minggu dari tempoh pembelian dan saya akan pulangkan wang anda 100% tanpa banyak soal.

 

Harga RM199 adalah sah pada hari ini.

Tapi saya tak janjikan yang ianya akan kekal RM199 pada hari esok, ataupun 1 jam dari sekarang.

Saya mungkin akan mengembalikan harganya kepada harga asal pada bila-bila masa.

Jadi, adalah kritikal untuk anda buat tempahan pada hari ini untuk pastikan anda dapat Amazon Public Domain Secrets pada harga paling istimewa.

Ambil tindakan bijak hari ini juga.

Klik “Tempah Sekarang” di bawah.

Tempah sekarang. Dapatkan Amazon Public Domain Secrets sekarang, termasuk bonus-bonus yang telah disediakan untuk anda…

Ikhlas,


P.S: Dengan pakej Amazon Public Domain Secrets ini, anda tak perlu lagi belajar di dalam kegelapan. Semua ilmu yang disampaikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar dengan sasaran pendapatan yang boleh dicapai oleh semua orang. Dapatkan Amazon Public Domain Secrets hari ini.

P.P.S: Harga Amazon Public Domain Secrets mungkin tak akan kekal sebegini rendah pada masa akan datang kerana anda pun tahu nilai ilmu penghasilan income pasif sebegini sangat mahal. Cara untuk dapatkan Amazon Public Domain Secrets pada harga paling istimewa adalah dengan buat tempahan sekarang juga, bukan esok atau lusa kerana harganya boleh naik bila-bila masa, tanpa sebarang amaran. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © FormulaIncomeSeumurHidup.com